Want your
own Fotopage?






 
Adi's FotoPage
Adinang by Candid syndrome
By: Adi Nang

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 30-Oct-2007 05:28 Email | Share | | Bookmark
Bapak ku nak kawen dengan mak muda! yeayyy...



Salam.

Semalam merupakan hari bersejarah sekali lagi didalam family Nang. 29 oktober merupakan Tarikh pertunangan ayah ( En Nang ) bersama bakal mak baru kitorang Rohaya. Majlis agak simple dan meriah, dihadiri oleh keluarga dan jiran terdekat! Bila dilhat kepada Makcik Rohaya, ada jgk iras2 muka arwah mak kitorang! pandai ayah carik calon

Good luck to Ayah, selamat menempuh hidup baru.. hehehe.. insyaallah, Langsungnya bulan 12 nih! selepas raya haji. heheheh.. package sekali dapat 2 orang adik baru! hohohoho.. comel plak tuh!

AdiNang


Ye mmg benar walaupun kubur masih merah. Hidup must go on. Buat apa la meratapi org yg telah pegi. Kawin aje la. Pedulik apa. Aku pegi dgr kuliah pun ustaz kata usahlah kenang org yg telah pegi. Kita nk kawin, maka kawin je la. Kalu asyik duk kenang nk jaga hati org yg dah arwah buat apa. Diaorg bkn boleh jaga kita pun lagi. So lebih baik kawin, maka ada la org jaga kita. Dah la AN dan SN tu sibuk. Bagus idea kawin ni. Saya pun nk kawin jgk la mcm tu. Tapi kena fikir buat loan CIMB express la. Thu 6-Dec-2007 04:52
Posted by:Ustaz Laser Beak
Taniah to Big Nang , and congratulation to Adi and Saiful for getting new family members Fri 7-Dec-2007 10:23
Posted by:Tan HJ (PD)
asik kenduri kahwin ayah aje adi.. kau punya bila lagi nak kenduri ni..kih2 kih2 kih2



Sun 9-Dec-2007 03:33
Posted by:shukri sfawani sfawani@hotmail.com  - [Link]
View all 48 comments Add comment


Tuesday, 23-Oct-2007 04:29 Email | Share | | Bookmark
Kids Journal - Amira & anniqa's Birthday [ KL Birdpark ]

 
 
 
View all 37 photos...


Salam..
20 Okt yg lalu Candid Syndrome telah bersama Adik Amira & Anniqa di KL Birdpark untuk menyambut birthday party mereka. Tarikh lahir 2 adik beradik ini adalah pada hari yg sama. memang best! so, Their parents plan nak buat birthday party untuk mereka tahun ini, maklumlah, tiba2 plak tahun nih birthday diaorang masa musim raya, selalunya mesti masa puasa! banyak adik2 kecit yg tomey2 masa nih! cute jer! isk isk isk..

Semasa birhday ini, adik Anniqa pulak tiba2 demam, tak sihat, awal2 je sampai dah muntah! kesian kat dia Cuma kakak dia, Amira jer yg dapat pegi tour dgn kawan2 kat taman burung! Adik Anniqa pulak lena tidur! Thanks jugak pada Kak Sue yang byk memberikan keterangan dan melayan karenah kanak2 kat taman burung tuh! dia sangat peramah, byk info pasal burung dia tau! mmm.. sesape yg nak jumpa kak sue, bole pegi jer ke KL Birdpark! hohohoho


Oke then, silalah belek2 gambar2 yang ada nih, To kak Ami, thanks to hire us for catch the moment yang menarik ini di KL bird park! Thanks again!

AdiNang
Director / Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / 017 654 9971
adinangcs@yahoo.com
http://www.adinang.com
YM : dreyfliez

KIDS JOURNAL still available, book Now!


The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for "Merdeka Raksasa" in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government


anak2 comel.. Sat 27-Oct-2007 08:35
Posted by:j o e z a k a r i a  - [Link]
Gambar you memang sharp betoi!!! pastu warna pun memang nampak ori!!!
macam mana buat and lens apa yang you guna
Mon 29-Oct-2007 07:23
Posted by:Akmar  - [Link]
cun ar bro images2 nih Fri 30-Nov-2007 01:39
Posted by:fitri  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Wednesday, 10-Oct-2007 00:26 Email | Share | | Bookmark
Special Hari Raya Promotion

++++++++

Salam & Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua Viewer dan clien yang mengunjungi fotopage ini, Adi ingin mengucapkan Selamat menyambut Aidilfitri. Well, tahun nih walaupun Emak kitorang takda bersama untuk merayakan Aidilfitri, namun kitorang tetap pulang ke kampung halaman juga. mmm.. arghh.. Rendang, Ketupat, itu memang sajian utama dan wajib untuk kitorang every year! Malangnya, tahun nih kitorang tak merasa rendang Emak lagi . hmmm.. tapi takpe, tahun nih jugak Adi telah dipilih oleh semua adik beradik untuk membuat tugasan yg besar! iaitu membuat Rendang hohoo.. Thanks to Arwah mak pernah ajar Adi buat rendang dulu! Time kasih jugaklah kepada Cik Sue Salsa yang bagi sikit tips untuk buat rendang lagi sedap! nyam nyam.. harap2 takdalah orang yang akan sakit perut makan rendang Adi buat tahun nih! hahahaha...

Ok, nih nak cite sikit pasai Banner kat atas nih! Sempena Raya Kali ini, Adi dan CS WhiteRoom berkerjasama dengan Candid Syndrome menawarkan package menarik kepada semua, especially yang berhajat nak buat Rumah Terbuka ataupun open hause bak kata omputih sempena Raya kali ini! well... Package nih u all akan dapat album custom kitorang yg best tuh (10X10 inch) & Digital File copy. Tetapi package ini sangatlah limited! hmm.. bukan senang nak ofer mcm nih kan? hahaha Special utk u all! ok, ape tunggu lagi, pegi capai telefon untuk book! cepat cepat!! hanya Inquiry melalui Phone sahaja akan dilayan!

ok, Call me 017 654 9971

AdiNang
Director / Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 017 654 9971
adinangcs@yahoo.com
http://www.adinang.com
YM : dreyfliez


The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for "Merdeka Raksasa" in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

Tak terlambat rasanya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada SN & Adi sekeluarga...
ikhlas dari http://www.areminephotography.com/
Wed 17-Oct-2007 05:09
Posted by:aremine the wedding shooter  - [Link]
selamat hari raya aidilfiti buat semua fotopagers malaysia
dgn ingatan tulus ikhlas & maaf zahir batin

Lebaran... terasa kesayuan
Lebaran... takbir bersahutan
Lebaran... memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan
Thu 18-Oct-2007 11:05
Posted by:KNizam  - [Link]
salam eid mubarak 2u adi
really luv this idea,but it's juz one aidilfitri too late 4 us to have our dad in the shots
takziah on the loss of ur mom,one thing i was told to,was 2 ikhlas lepaskan our parent & pray 4 them,always -Al fatihah-
Wed 24-Oct-2007 12:39
Posted by:ika  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Friday, 5-Oct-2007 07:16 Email | Share | | Bookmark
Dato' Hj Mohamad Fatmi & Family ( outdoor putrajaya )

bermula di masjid..
then jalan kaki
ke garden! hohoho
View all 23 photos...


salam

Thanks kepada semua family Dato' sebab sangatlah sporting untuk bergambar! seriously, korang sumer mmg best! hmmm.. tak kira tengahari buta, redah jugak, walaupun tgh puasa.. hmmm.. challenging betul!

Actually, ini adalah small gathering untuk family Dato'. semua anak beranak berkumpul! hmm.. nampaknya Fiki taun nih tak dapat raya ngan family diorang... hahahahah.. nak buat camner kan, dah belajar.. tulah pasal, apesal ko pegi belaja jauh2 ? hahaha.. anyway, semoga berjaya to Fiki. to Farih plak, hahaha.. kita jumpa nnti insyaallah kalau ada masa nanti! or klu tersempak kat terengganu nnti ker.. and sekali lagi terima kasih untuk semua Family ini!

Thanks a lots!

Kepada semua, nantikan berita gembira sempena raya ini, hahaha.. surprise! especially yg suka bergambar! hehehehe.. nantikan promosi istimewa daripada CS Whiteroom tidak lama lagi khas untuk syawal anda!

raya dah nak dekat.. so.. kita enjoyy!!!

AdiNang
Director / Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 017 654 9971
adinangcs@yahoo.com
http://www.adinang.com
YM : dreyfliez


The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for "Merdeka Raksasa" in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

petik bunger raya,
kena geget ulat bulu,
slamat hari raya,
moga hepy slalue!
salam aidilfitri!!
Tue 9-Oct-2007 14:09
Posted by:syafqazhar  - [Link]
it's just superb!
selamat hari raya to you!!
Fri 19-Oct-2007 13:14
Posted by:juANi  - [Link]
salam aidilfitri..superb family outdoor shoot. Wed 24-Oct-2007 03:29
Posted by:afairuz  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Wednesday, 3-Oct-2007 22:47 Email | Share | | Bookmark
Special Promotion



PROMO - Get this Year price for Next Year!

Ladies & Gentlemen! early this year we did a promo for RM1080 for all my senior photographers. They were new in wedding early this year. Due to overwhelming demand by the market, they already set the next tune to RM1480 since May 2007. Still they have LOADS of respond from customers that want to go FOR A PERFECT picture for their wedding.

NOW, they plan to set their next stop (In another words...nak naik harga lagi). So, this will be the last promo for them at RM1480 price. NO HIDDEN COST! come and see it with your naked eyes our Exclusive Album (Only for CS customers) and few things in our galleries. No obligation in taking or not.

Better HURRY to reserve their dates. For those looking for our NOVEMBER & DECEMBER, do it soon, we only have less than 20% vacancy for both months. This are few simple steps to book the RM1480 package;

1. Call and check the availibility of dates
2. If the dates are still available, then set an appointment for Product Preview
3. Preview session and booking by paying 30% deposit.
4. Your date then secured (Nobody can overwrite it)

Move now and get our experience & Professional Photographers to cover your most memorable day in your life. Because your wedding is very special!

AdiNang
Director / Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 017 654 9971
adinangcs@yahoo.com
http://www.adinang.com
YM : dreyfliez


The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for "Merdeka Raksasa" in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

Eeee.. x aci..murah sungguh..rasa cm nak akwen lg skali jek..

Adi..kalo nk tgk perot fiEd yg chomel tuh..tgk la fp fiEd yg xseberapa tu ek.. kekeke

K Selamat Menyambut Bulan Syawal!! Mahap zahir & batin
Thu 4-Oct-2007 12:19
Posted by:fiEd  - [Link]
SalaM AidiLfitRi drp http://mamatt.fotopages.com ...saLah dan siLap HaRap diMAaFi.SeMoGa LeBaRAn ini meMBeri seRiBu eRTi bUAt diRi daN keLuaRGa. Tue 9-Oct-2007 04:54
Posted by:mamatt  - [Link]
Add comment


Thursday, 27-Sep-2007 00:39 Email | Share | | Bookmark
Farewell to my beloved mom, Thanks mom, you did it great!



Ahad , 2 september 2007 , 0150 a.m

Aku dikejutkan dengan satu panggilan kak Intan daripada hospital, namun tidak sempat untuk aku
menjawabnya, panggilan telah putus... Aku meneruskan tidur semula kerana agak penat seharian menjaga
emak di hospital Temerloh. Tidak sampai beberapa minit kemudian, Saiful mengejutkan kami
semua, Adi & Ayah kerana mendapat satu mesej daripada Kak Intan yang Emak dah tak sedarkan diri.
Tanpa berfikir panjang kami segera bergegas ke Hospital Temerloh semula. Saiful or Angah membawa kereta
dengan laju tanpa memikirkan risiko lagi. Memang masa tuh kitorang Cuma fikirkan emak je kat
hospital. Sesaipai jer di depan katil emak, seorang doctor India memberitahu kami, “ mak awak dah takda
lagi, kami dah cuba sedaya upaya”. Bullshit!!!, sedaya upaya apa? Bagi aku, jgn cakap sedaya upaya
lagi kalau ko sendiri tak tau harga nyawa mak aku!.

Khamis, 30 ogos 2007 , 04.00 p.m

Emak dimasukkan ke hospital pada hari Khamis, 30 ogos 2007, pada kira-kira pukul 4 petang,
Ambulance telah datang kerumah kami di pahang untuk mengambil emak untuk dihantar ke hospital,
pada masa tu ayah cakap emak terlalu sakit. Saya dan saiful terus bergegas balik dari Kuala Lumpur ke pahang.
Semasa dalam perjalanan, ayah bagitau kat kitorang yang emak sudah sampai ke hospital
temerloh, ayah cakap jangan balik rumah, terus je pegi hospital, mak ada kat wad kecemasan. Dalam
pukul 6.50 pm, aku pun sampai di lobby hospital. Terus aku bergegas ke wad kecemasan. Sayu hati bila
tengok emak tengah meronta kesakitan di katil hospital sedang menunggu giliran untuk mendapatkan medical checkup,
scanning dan doctor. Dalam hati aku terdetik, nama jer wad kecemasan. Tapi macam
tak kecemasan pun! Mungkin sebab besok hari merdeka kot, that’s why ler banyak doktor2 dah bercuti,
sibuk kot diorang tengah gantung bendera!. Emak berada di wad kecemasan menanggung kesakitan
daripada dia mula masuk ke hospital dari jam 5.20pm sehinggalah ke pukul 10.30pm
. Bayangkanlah,
inilah rupanya Hospital Kerajaan yang rasanya paling canggih dan moden di Temerloh. Bukan saya nak
mengutuk, tapi inilah kenyataannya. Saya sudah mengalaminya, kami semua satu keluarga dah
mengalaminya. Dalam kira2 pukul 10.30pm, mak telah dimasukkan ke wad! Setelah hampir 5 jam
bergelut dengan kesakitan di wad kecemasan yang konon kononya kecemasan sangat tuh!




Jumaat, 31 Ogos 2007

Semua adik beradik sudah sampai pada hari ini, kami semua menemankan emak di hospital. Keje doctor
dengan nurse masa nih Cuma ambik darah, masukkan air, dan… dan ape lagi? Tu jer. Bila kitorang
Tanya kat doctor, mak saya macam mana doctor? Dia cakap, buat masa ni biarkan dulu mak kamu
berehat, nak tungu diabetis dia kurang dulu, so baru kitorang bole buat rawatan susulan, lagipun time
merdeka macam nih, banyak doctor pergi bercuti, ape2 pon hari isnin ni kita akan buat semuanya.
Hmmm.. memang nasiblah, nak buat macam mana? Terlihat wajah emak sayu je. Kitorang adik beradik
Cuma boleh bagi semangat kat emak untuk lawan sakitnya! Rasa sebak bila tengok tangan emak
dimasukkan air, pakai getah pernafasan. Dalam hati terfikir pulak, apesal? Semua doctor pergi bercuti ke?
Mmm.. harap-haraplah malaikat maut pon bercuti jugak sempena merdeka nih.

Malam menjelang, sepatutnya saya dan SN dah berada di stadium merdeka masa nih untuk
merakamkan detik bersejarah MERDEKA RAKSAKSA. Tapi kami terpaksa menyerahkan seluruh
kepercayaan kepada Team Candid Syndrome untuk melakukannya tanpa kami disana! Terima kasih
banyak2 kepada Team CS kerana telah cover majlis yang membanggakan seluruh Warga CS itu dengan
cemerlang!

1 september 2007

sudah hampir 3 hari mak berada di hospital, kami 4 beradik pun sudah hampir 3 hari berkampung di
hospital jugak. Petang tu emak kelihatan sangat happy melayan kawan2 dan saudara mara kami yang
datang menziarahi emak. Kadang-kadang tergelak besar jugak dia, mmm.. bila diperhatikan, mak macam
dah sihat jer nih. Cuma kadang2 penyakitnya datang menyerang. ( sehingga kini masih lagi tak tau apa
punca dan penyakit emak). doktor cakap buah pinggang, tapi masih belum diconformkan lagi.


Sehinggalah sampai satu waktu, adik beradik kami terpaksa pulang untuk bekerja dan belajar. Dimulakan
dengan Razi Nang, meminta izin kat mak yang dia nak kena balik ke kampus UiTM Machang. Kira2
pukul 6.30 pm, Razi, adik meninggalkan hospital. Mak rileks je masa tuh, adik pulak yang menangis,
agaknya berat kot nak tinggalkan emak kat hospital. Mak tersenyum je! Adik cakap kat mak, “nanti nak
dekat puasa atau puasa pertama, adik balik kampong, kita bersahur sama2 ye?” Memang tradisi kitorang
akan balik pada awal ramadhan untuk bersahur bersama2! Tapi emak jawab pada masa tuh, “ tak
payah lah risau emak, tak payah balik pon tak ape!, bukan ada ape2 pon kalau balik nanti”
Kemudian,
Along pulak nak kena balik, sebab dia akan mula bekerja esok paginya pulak! Mak cium cucunya macam
tak nak lepas je masa tuh! Tinggallah saya, SN, ayah, Dr. Intan dan emak je kat hospital.


Malam tuh agak sunyi jer, semua orang dah balik! Time melawat pon dah nak habis! Tiba2 terkeluar
permintaan daripada mulut emak kat ayah. “ Ayah, jangan balik lah, temankan emak kat hospital
malam nih! Emak boring lah duduk sorang2”
mmm.. emak ngan ayah memang tak penah berpisah
pun, tapi apekan daya, permintaan terakhir emak tuh terpaksa kami tidak dapat tunaikan! Boleh
dikatakan dengan semua nurse dan doctor kami mintak kebenaran untuk membiarkan ayah jaga mak
malam tu, tapi disebabkan oleh peraturan wad perempuan, hanya perempuan jer yg boleh jaga dan stay!
Kami gagal! Dah lah kami berempat adik beradik semuanya lelaki. Kejadian inilah yang buat ayah sangat2
terkilan sehingga hari ini! Namun, terkeluar daripada mulut wife saiful, kak Intan, “ Biar intanlah
jaga mak malam nih” kami semua terpaksa bersetuju! Did we have any choices? Nak buat cam
ner? Kak Intan, Saiful dan ayah balik ke hotel dulu sebelum kak intan datang semula untuk menjaga
emak. Tinggallah saya dan emak jer kat katil hospital tuh! Masa melawat pon dah habis sebenarnya!


Pada masa ni, Emak kelihatan gelisah, serba tak kena saya lihat keadaannya. Dia suruh saya, naikkan
katil dia, suruh turunkan balik. Kejap dia nak duduk, kejap dia nak baring. Nampak kegelisahan terpancar
di muka emak! Seolah-olah berat untuk melepaskan sesuatu.. Emak mengadu yang dia sangat lapar masa nih,
dah tak cukup tenaga dah, lemah badannya! Mana taknya, dipaksa berpuasa, tak makan,
tak minum! Dijangka sampai hari isnin! Sebab doctor pakar akan datang pada hari isnin!
Berulang2 kali masa nih emak mengucap 2 kalimah syahadah dan beristifar… Adi cakap kat emak,
“emak tak selesa kot nih, mungkin sebab emak tak mandi lagi sejak masuk hospital, biar adi mandikan emak,
nak tak?” aku terus mencapai towel untuk dibasahkan! Sebelum tuh, aku mintak tolong seorang nurse untuk
menaggalkan baju emak, biarkan emak berkemban je! Aku terus mengelap badan emak, lap muka dia,
bersihkan telinga dia, tangan dia. Emak happy jer masa tuh, dia kata.. lega sikit, rasa segar.
Itulah kali pertama aku memandikan emak kot. Kali keduanya semasa mandikan jenazah Emak!
Emak pulak dah berjuta2 kali dah mandikan kitorang... Selepas tuh emak cuba pejamkan mata,
dia pun macam dah penat je! Tapi susah kot nak lelapkan mata masa tuh, akhirnya dia telelap!


Sampailah kak Intan datang dan bagitau Adi, “adi boleh balik, biar kak intan jaga emak! Pegilah makan,
besok pagi kita jumpa!” masa tuh emak dah terlelap, tak sampai hati nak kejutkan dia, dah lah susah dia
nak tidur tadi! Adi pun kucup dahi emak ( kucupan terakhir sebenarnya) mak tersedar dengan terkejut! Uh..
adi cakap kat emak yang adi nak balik, kak intan jaga emak! Adi terus tinggalkan katil
emak malam tuh, emak perhatikan adi sampai hilang bayang adi. Adi toleh ke emak masa nih,
terlintas untuk patah balik dan cium emak sekali lagi! Tapi… hasrat tersebut adi batalkan! Emm..
besok pagi lah jumpa emak lagi! Adi senyum dan terus tinggalkan wad.

Semasa jagaan Kak Intan di Wad

Selepas nurse mengambil darah emak dan cek emak, emak cakap kat kak Intan yang dia suruh kak
intan tidur je, tak payah risau pasal dia, kak intan bagitau, “mak tidurlah dulu, nanti Intan tidur lepas emak
tidur”, emak tertidur lagi sekali, tak lama lepas tuh kak Intan pun tertidur sama....


Ahad, 2 september 2007, 01. 45 am

Tak sangka yang emak tidur masa tu tidur terus tak bangun2 lagi… tidur untuk selama-lamanya.
Kak Intan dikejutkan dengan suara nurse yang bagitau mak dah tak sedar dah semasa nurse nak ambil
darah mak sekali lagi. Kak intan keluar dan menghubungi kami.. katil emak ditutup dengan langsir, doctor
memberikan pernafasan kepada emak. Emak kaku tak bermaya disitu.. longlai… sehinggalah kami tiba di hospital
dalam kira-kira pukul 0155 pagi, seorang doctor India memberitahu kami...

“ Mak awak dah tak da lagi… “



semoga allah mencucuri rahmat keatas roh ibuku yang tercinta, roh seorang pejuang yang berjuang
membesarkan anak anak dengan keadaan serba kekurangan sehingga anak2nya berjaya. mak, Adi
sayang emak! sabar menanti kitorang dialam sana, sekali lagi kita berjumpa, kita takkan berpisah untuk
selama-lamanya..

AL FATIHAH

takziah walaupun rasanya dah lambat sangat.and tahniah untuk mak baru
well, sebenarnya dah baca dlm SN punya pages pasal ni.cuma adi punya version cite baru baca.lebih sedih.lebih kurang cam aku gak.mak meninggal kat hospital.kuantan lebih kurang 8thn lalu.tak sempat tatap dia tutup mata pn.last cium kat dahi dn pipi,pastu balik upm..a week after dpt call dah nazak.dari kl kol1 sampai kuantan kol6...meninggal kol3..cuma dpt tgk wajah yg kaku..al fatihah..
Sun 9-Dec-2007 16:51
Posted by:diana
oh my god.......
honestly u story make me cry........
taziah to u even i know i'm late........
Fri 25-Jan-2008 08:28
Posted by:s-o-n-i-t-a arisnuraliz@yahoo.com
a'kum..hmm..x sure ingt aku ke tak lg...along lah..masa kt melaka duluw2..hehheh..aku baca story ttg mak ko..sedih giler aku..sampai nagis..takziah..walaupun dh lambat sgt2...n congrats..ur wedding..n smpi dh pregnant kn wife ko skrg..k..daa...take care... Wed 16-Sep-2009 09:47
Posted by:along@khairun aniza ka_niza@yahoo.com
View all 48 comments Add comment


Monday, 27-Aug-2007 02:32 Email | Share | | Bookmark
Promotion for CS Whiteroom



hye everyone! welcome to White border!

for those yg tunggu2 ketibaan CS Whiteroom, ini adalah berita gembira buat korang hmm.. yang berminat tuh, package bermula dengan RM500. Di Whiteroom, kami mengetengahkan konsep self & Familt portrait dengan konsep yg moden serta art contemporary! dont miss it to take part as a CS Whiteroom family! please contact me, AdiNang for more details. or visit to our main Website www.cswhiteroom.com

its verry-very cool experience studio!

regards:
AdiNang
Principal of CSWR
+6 017 654 9971
adinangcs@yahoo.com
www.cswhiteroom.com

Dear Adi. Salam takziah dari kami. Banyakkan bersabar & tabahkan hati. Before she go, she must be
very happy and very proud of u & saiful. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama orang2
solehin. Al-Fatihah
Fri 14-Sep-2007 02:59
Posted by:irwan&darina
ucapan takziah for you and sn... Tue 18-Sep-2007 22:45
Posted by:Azim Wan  - [Link]
ucapan takziah dari saya untuk adi sekeluarga Fri 21-Sep-2007 12:34
Posted by:scarline  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Thursday, 2-Aug-2007 11:19 Email | Share | | Bookmark
Adiyanti & Khairul - Cinta Frenster

Adiyanti diculik lanun m&m
di Royal Guest House KB
Rumah nenda Kerol
View all 43 photos...


AdiYanti & Nik Khairul

firstly, thanks to all members and viewer yg singgah disini or terclick ke atau dipaksa masuk ke fotopages Adi nih! heheeh.. To Adiyanti & Khairul, selamat Jalan diucapkan, insyaallah kalau ada rezeki nnti kita jumpa di Dublin je hehehehe...
Tak lupa jugak untuk kawan2 Khairul yg sangat baik semasa wedding diorang nih! hmmm.. sempat tu diorang bawak Adi and joe pegi jalan2 kat KB! bawak kitorang makan kepok gote, ingatkan kepok donde! ciss..silap upenyer!

hmm.. tadek ape nak cite byk2 pon, silalah menikmati hasil gambar made in Tumpat ni! this entry special for Adiyanti, Kerol and Friends! sekian Terima kasih!

wassalamuu...

regards:
AdiNang
Senior Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+6017 654 9971 (Mobile)
adinangcs@yahoo.com

YM = dreyfliez



SUKA KEK TAK??

NAK TEMPAH??
TAPI TAK TAU BAGAIMANA??
KEK NI DARI TERENGGANU TAU..

SENANG JER...JUST CLICK LINK BAWAH NI YER..

http://cybercake.fotopages.com

Mon 10-Sep-2007 02:25
Posted by:CyBeRcAkE miacakehouse@yahoo.com  - [Link]
alahainyer comerrrrrrrrrrrrr nyer bride dia...... Tue 18-Sep-2007 05:39
Posted by:reena n pulau  - [Link]
cutenya.. Fri 18-Sep-2009 14:16
Posted by:aleya aleya_lia43@yahoo.com
View all 33 comments Add comment


Sunday, 29-Jul-2007 02:01 Email | Share | | Bookmark
Wedding siapakah ini?


From Dublin & German, AdiYanti & Khairul, Akhirnya mereka bersatu jumpa di Tumpat! hahahaha.. Thanks Adi sebab belikan Adinang bekas Shisha! bestnyer... And all CS ucapkan terima Kasih for The Chocolate yg sempat u all beli kat Dubai! nanti masa nak collect album nnti kita hisap shisha kat bekas yg comel tuh.. hehehehe
And kepada korang, kitorang dari CS Team mengucapkan selamat Pengantin Baru! walaupun not so Barulah! hehehehe.. Thanks a Lots! Hmmm lagi satu Adi, kirim salam kat si dia ek nnti kalau dah balik Dublin... hikhikhik.. *blushing nih!

This is just a sneak Preview for AdiYanti & Khairul! wait the full entry soon!

nice captured beb!! Fri 3-Aug-2007 13:25
Posted by:joowear sekuk_blur@yahoo.com
uishhh ni bru btul adi hebat
ble la aku bleh jd macm ko adi nang
Wed 15-Aug-2007 07:18
Posted by:iekanyanghanyier her_future@yahoo.com
ko ade makwe x?ekekeke! kalau xde..aku nak couple ngan ko..seyes ni Thu 7-Aug-2008 10:58
Posted by:sitinurgagah
View all 17 comments Add comment


Thursday, 26-Jul-2007 12:20 Email | Share | | Bookmark
CS White Room



cs whiteroom is back with 4 seasons theme..experience summer, Winter, autumn,spring all only in the new cs whiteroom.. Will be open for booking Soon! dont miss it!

dear adi dan joe,
kalo sah siap setup white room tuh nanti...
jangan lupa kasi tau kitorang...
Nak amik gambar musim tengkujuh boleh?
huhu...
Wed 1-Aug-2007 10:44
Posted by:nasirus demolishme@hotmail.com
ee aku nyampah la tgk muka model white room ni..!! ini namanya Model Musim Demam Panas!! hahaha! adi, tukaq model lain leh tak yg cun melecun skit??

Mon 6-Aug-2007 10:22
Posted by:Desa onealienz@yahoo.com  - [Link]
++++ For Exclusive Range of Latest Handbags... pls visit http://mama0712.fotopages.com ++++

***** Brought to you by MAMA COLLECTIONS...******


Wed 8-Aug-2007 12:50
Posted by:MAMA mama@mamacollections.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.